Kuala Lumpur – Menjelang bulan Ramadan yang disambut seluruh umat Islam pada 12 Mac ini, stesen TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program menarik buat penonton setianya. Dengan tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan”, TV AlHijrah telah menyusun program-program yang mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah dan hikmah. Usaha murni ini bagi mengajak masyarakat untuk memanfaatkan Ramadan sebagai bulan yang berkat untuk mentadabbur keindahan yang Allah ganjarkan kepada para hambaNya yang berpegang kepada ajaran al-Quran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar menyeru kepada semua pihak khususnya para penonton untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar terus dikurniakan nikmat iman dan Islam serta dijauhkan dari sifat kesombongan diri. Jelasnya lagi, para penonton juga harus cakna dan mengambil tahu isu-isu kemanusiaan serta kasih sayang dalam usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam keh