GEGAR LAWAK 2018

GEGAR LAWAK merupakan sebuah program terbaru terbitan Astro bagi mencungkil serta melahirkan barisan barisan pelawak solo ,duo dan trio. Sessi ujibakat yang telah diadakan pada November 2017 selama 3 hari dan juga secara dalam talian. Hasil daripada ujibakat tersebut seramai 14 kumpulan yang terdiri daripada solo, duo dan trio telah dipilih. Daripada 14 kumpulan tersebut 8 daripadanya adalah solo manakala 4 kumpulan dua dan 2 kumpulan trio.

Kali ini juga Gegar Lawak turut terdapat 2 orang peserta wanita iaitu Eyya dan Tasha. Tasha juga turut merupakan adik kepada pelawak terkenal tanah air iaitu Achey BOCEY. Adakah ini akan memberikan tekanan pada Tasha ? Mampukah mereka berdua ini menyaingi peserta lelaki ataupon mereka akan menjadi cabaran pada mereka kelak.

gegar lawak - ohselebriti

Program ini turut menggandingkan pelakon popular Kamal Adli dan pelawak hebat, Fad Bocey sebagai Pengacara program. Ini merupakan gabungan sulung Kamal dan Fad selepas masing-masing merangkul gelaran Juara dan Naib Juara untuk program Super Spontan Superstar 2017 baru-baru ini.

gegar lawak - ohselebriti

Dalam pada itu, empat orang pelawak terkemuka, Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin akan menyarung jersi ‘Rakan Komedi’, dan tugas utama mereka adalah sebagai penasihat lawak yang akan membimbing & membantu peserta selain bertujuan untuk berkongsi idea, buah fikiran dan pendapat akan persembahan para peserta ketika sesi latihan. Dari situ, peserta boleh memperketatkan lagi corak persembahan masing-masing serta memantapkan persembahan lawak untuk dipersembahkan di pentas utama kelak.

Senarai peserta / kumpulan mengikut turutan : 

2B , ABATA , ABE , AYIM , BAYU , CANDY , EYYA , HEZRY , KIUT , PADIL , RIZAL , SOGEH , TASHA , TESTO






Program GEGAR LAWAK ini bakal bermula mulai 19 Januari 2018 (Jumaat) selama 9 minggu di Astro Warna (saluran 123) dan Warna HD (saluran 134). Sebagai pilihan alternatif, ia juga boleh didapati di platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.


instagram : ohselebriti
Facebook : ohselebriti
#ohselebriti
#maestroridwanphotography

Comments