06.08.2016 - Lawatan Media (TRAM) ke Pulau Rawa ( Part 1 )

Seramai 30 wakil media telah dijemput untuk Lawatan ke kepulauan yang terdapat di Mersing , Johor anjuran bersama Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), Tourism Johor dan Kerajaan Negeri Johor. Rombangan kami telah di sambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah dan Pegawai Daerah Mersing, Adib Azhari Daud serta paluan kompang dan tarian kebudayaan .







Sebelum bergerak ke Pulau Rawa kami telah dijamu makan tengahari di Port Cafe.







Sedikit penerangan serta perkongsian infomasi disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah dan Pegawai Daerah Mersing, Adib Azhari Daud kepada wakil wakil media mengenai kepulauan yang berada di sekitar Mersing serta perancangan yang bakal dilaksanakan.













Selamat datang ke Pulau Rawa ( Rawa Island Resort )







Keindahan Matahari terbit dipuncak bukit Pulau Rawa dan juga permandangan sekitar pulau dan pulau pulau disekeliling.






Antara daya tarikan dan permandangan indah yang terdapat di Rawa Island Resort , Pulau Rawa untuk dinikmati oleh semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga ke dewasa . Pelbagai aktiviti aktiviti dijalankan seperti Snorkeling , Scuba dive , water slide dan lain lain .








Persembahan Bunga Api istimewa hanya untuk tetamu di Rawa Island Resort

Comments