08.12.2015 - US Potatoes / United State Potatoes Board



Lembaga Kentang Amerika Syarikat (USPB) adalah organisasi pemasaran dan promosi bagi industri kentang Amerika Syarikat (AS). Sebagai "pemacu perubahan positif," USPB memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan permintaan bagi kentang AS di seluruh dunia. USPB disokong dan digerakkan sepenuhnya oleh 4,000 penanam kentang komersil di Amerika Syarikat.

USPB mengendalikan program pemasaran dan promosi bagi semua sektor industri kentang, termasuk produk sejuk beku dan nyahhidrat, serta kentang segar dan kerepek kentang. Semua program ini dirangka secara strategik bersama industri untuk mengatasi segala halangan dalam usaha meningkatkan jualan kentang AS.


Semua kentang jenama US potatoes adalah berasal dari Amerika Syarikat dan terkenal di seluruh dunia. Product US Potatoes adalah pembekal kentang segar untuk kegunaan di rumah dan juga restoran. Setiap kentang yang dihasilkan akan dibersihkan terlebih dahulu dan selepas itu akan di gred kan mengikut saiz serta qualiti seterusnya dibungkus rapi sebelum dieksport. Terdapat pelbagai jenis kentang serta pembungkusan yang boleh didapati di pasaraya pasaraya seluruh negara yang berjenama dari US Potatoes.






Jenis jenis kentang .. 

Kentang Russet
Russet adalah jenis kentang yang digunakan secara paling meluas di Amerika Syarikat. Sebahagian besarnya ditanam di kawasan barat laut. Kentang jenis ini boleh didapati sepanjang tahun, lebih berkanji dan boleh dikenali daripada kulit perang bersirat dan isi putih. Disebabkan kandungan kanjinya yang tinggi, teksturnya bertepung bila dimasak, menjadikan kentang jenis ini sesuai untuk dibakar, digoreng dan dilecek. Kentang ini juga dianggap sebagai kentang serba guna yang baik.

Kentang Putih Bulat
Kentang ini boleh didapati sepanjang tahun. Kentang putih bulat mempunyai kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis warna perang muda dengan isi putih. Teksturnya gebu dan bentuknya kekal selepas dimasak. Dianggap sebagai kentang serba guna, kentang putih bulat boleh digunakan dengan pelbagai cara dan amat sesuai untuk salad dan sajian yang berkeluk, dikukus, digoreng atau dipanggang.

Kentang Putih Panjang
Kentang putih panjang berbentuk bujur, dengan kandungan kanji sederhana tinggi dan kulit nipis berwarna perang muda. Kentang jenis ini mempunyai tekstur pejal gebu bila dimasak. Kentang putih panjang sesuai untuk direbus, dimasak dalam ketuhar gelombang mikro dan ditumis goreng. Ia juga adalah kentang serba guna.

Kentang Merah
Kentang merah kini boleh didapati secara lebih meluas hampir sepanjang tahun. Ia boleh dikenali daripada kulitnya yang secara semula jadi berwarna merah, dengan isi putih, kuning ataupun merah. Kentang merah mempunyai tekstur kental, licin dan berlilin, menjadikannya sesuai untuk dibakar, dikukus, direbus dan juga dibuat salad. Kentang merah sering dirujuk sebagai “kentang baru” tetapi secara teknikalnya, “baru” merujuk kepada apa jua kentang yang dituai sebelum matang.

Kentang Kuning
Kentang kuning semakin digemari di Amerika Syarikat dan kini boleh didapati hampir sepanjang tahun. Kentang jenis ini mempunyai tekstur padat dan gebu, dengan warna keemasan dan kelembutan rasa mentega. Kentang kuning sesuai untuk dilecek, dipanggang, dibakar, direbus dan dikukus.

Kentang Biru Dan Ungu
Kentang ini berasal dari Amerika Selatan dan sudah mula popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan kentang biru dan ungu boleh didapati pada musim luruh. Kentang yang boleh dianggap luar biasa ini mempunyai rasa seperti kekacang, dengan isi aneka warna, daripada warna biru tua atau lavender hingga warna putih. Warnanya kekal bila dimasak dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi ia juga boleh dipanggang dan dikukus. Warna kulit semula jadinya juga memberikan warna biru dan ungu menarik kepada mana-mana sajian.

Kentang Jejari
Kentang jejari adalah satu daripada sajian paling hangat di restoran Amerika. Kentang kecil ini berbentuk tiub lonjong panjang seperti jari manusia. Ia boleh didapati dalam aneka warna semula jadi yang menarik, sungguhpun kebanyakannya mempunyai isi warna kuning. Ukuran panjangnya dari 5 hingga 10 sentimeter, dengan garis pusat 2.5-5 sentimeter. Teksturnya yang kental dan melekit menjadikannya sesuai dikukus, dibakar, direbus dan dijadikan salad.


Round Red & Blue Purple potatoes
Russet Potatoes
Yukon Gold
Produk Kentang Frozen


Beberapa tips dan cara memasak kentang oleh Chef dari KDU yang merupakan seorang tenaga pengajar Kulinari di KDU Shah Alam. Menu yang telah disediakan oleh Chef ialah US Potatoes Smoothie, Creamy Gratin US Potatoes dan juga Puree of US Potatoes Soup .



Potato Smoothie






Cabaran Memasak Kentang bermula

Cabaran memasak ala ala 'Master Chef' yang bertemakan kentang oleh United States Potato Board atau US Potatoes telah diadakan untuk bloggers . Seperti kebiasaan bagi yang suka frozen akan membeli potatoes chip atau french fries untuk digoreng atau juga Mash Potatoes , dan untuk kali ini peserta ( bloggers ) diberikan 2 orang setiap kumpulan dan memasak kentang yang belum di proses .
































Comments