18.08.2015 AirAsia - Menu dalam Pesawat bertema Asean

18/08/2015 - AirAsia telah melancarkan beberapa menu baru dalam pesawat yang bertemakan ASEAN . Bernamakan 'SANTAN' dipilih kerana memandangkan ianya adalah bahan asas dan antara bahan utama bagi penduduk asia .



Antara hidangan terbaru yang disediakan dalam penerbangan AirAsia Berhad (AK) , bagi pembelian dalam pesawat adalah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dihidangkan bersama dodol, Nasi kepal Ayam Teriyaki , Sandwish Pizza Ayam Salai , sementara itu menu pra tempahan pula seperti Nasi Tomato dengan Ayam Percik , Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.






Tony Fernandes , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia berkata , "Pasukan pendapatan sampingan AirAsia sentiasa melihat bagaimana untuk menambah baik pengalaman bagi tetamu kami . Makanan semestinya memainkan peranan penting, kami tidak hanya mahu menjual makanan tetapi mengunakan pengalaman dalam penerbangan bagi mengenalkan hidangan Asean . Kami berbesar hati memperkenalkan Nasi Dagang terlebih dahulu sebagai pengenalan. Kami akan melihat memperkenalkan hidangan lain dari pelbagai tempat di Asean dalam pusingan menu Asean 'SANTAN' seterusnya . "














Antara menu menu
























Comments