06.08.2015 NegaRAKU @ HardRockCafeTour

Sempena Merdeka, RAKU dan DIGI membawakan 'negaRAKU@HardRockCafeTour'. 10 pemusik tahanair termasuk kumpulan rock dan indie terbaik di Malaysia akan membuat persembahan di 4 lokasi HardRock Cafe pada setiap ahad di bermula bulan Ogos sehingga september .

4 lokasi yang terpiliha adalah HardRock Cafe, Melaka ( 9hb Ogos ) , HardRock Cafe, Pulau Pinang (16hb Ogos) HardRock Cafe, Sabah (23hb Ogos) dan penutup tirai di HardRock Cafe, Kuala Lumpur (6hb Sept). Persembahan bermula dari jam 3 petang ke 7 malam .

Para peminat dan pendengar yang tidak berkesempatan untuk meluangkan masa menyaksikan persembahan artis boleh menikmati persembahan secara langsung melalui aplikasi RAKU dengan membuka aliran negaraku@HardRockCafe tour .

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Bittersweet , Massacre Conpirasy, Tres Empre , love Me Butch , Plague Of Happiness dan kumpulan 'Rap & Rock' Dragon Red . Terdapat juga artis lain seperti Pretty Ugly , Bil Musa , Hazama dan Misgiven turut memeriahkan lagi persembahan . 


Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio
Jake Abdullah






Artis Bil Musa




Comments