28.05.2015 Saraf yang sihat menjamin kehidupan harmoni

Saraf yang sihat menjamin kehidupan yang harmoni

Saraf yang sihat penting bagi memastikan setiap pergerakan seharian kita tidak dibatasi dan diganggu dengan kesakitan kesakitan yang disebab oleh saraf saraf yang tidak berfungsi dengan baik .

Banyak rungutan dan aduan yang disebabkan kesakitan dan ketidakselesaan yang diterima oleh MERCK pada setiap tinjauan yang dijalankan. Mereka yang antara  berumur antara 21 tahun ke atas mengalami beberapa simptom seperti sesemut , sakit yang mencucuk cucuk , rasa kebas dan sensasi terbakar pada angota tubuh badan.

www.merckgroup.com

Seramai 13000 individu yang menjalani pemeriksaan saraf pada tahun lepas , sebanyak 27 peratus berada di pinggir diagnosis neuropati dan manakala 26 peratus didapati mengalami kerosakan saraf .



Mr. Richard Lee, 
Pengurus Besar bahagian kesihatan pengguna MERCK di Malaysia

“ Keputusan tinjauan kesihatan saraf yang kami jalankan jelas menunjukkan ramai yang berdepan tanda tanda awal kerosakan saraf. Bagaimanapun, disebabkan kesedaran terhadap neuropati masih agak rendah, ramai tidak mengaitkan simptom simptom yang dialamai dengan masaalah ini. Gay idup hari ini yang cepat lagi sibuk juga telah menyumbang kepada kerosakan saraf. Biar pun demikian, kesakitan yang dialami sering dipandang ringan dan dianggap biasa. Mereka tidak sedar di sebalik simptom simptom serta kesakitan yang dialami tersembunyi masaalah kesihatan yang lebih besar,” kata Richard Lee, Pengurus Besar bahagian kesihatan pengguna MERCK di Malaysia




Professor DR. Goh Khean Jin
Consultant Neurologist
University of Malaya Medical Centre




DR. Mohamed Haniff Merican
Doctor of Merican Dispensary , Melaka

“ Kita patut memberi perhatian kepada ketidakselesaan yang dialami – kesemutan, kesakitan mencucuk, pedih atau sensasi terbakar. Semua ketidakselesaan ini adalah cara badan anda memaklumkan kepada anda sebarang masaalah yang memerlukan pemeriksaan. Jangan sesekali memandang ringan ketidakselesaan yang dialami . Anda patut berbincang  dengan doctor kerana mereka dapat mengenal pasti sama ada ia berkaitan kerosakan saraf . Kerosakan saraf wajar dikesan seawal mungkin ,” kata Dr. Mohamed Haniff merican,  doctor dari Merican Dispensary , Melaka.





Ujian pemeriksaan saraf yang dijalankan untuk mengenal pasti sebarang kerosakan saraf pada individu.


Pengambilan vitamin vitamin neurotropik seperti vitamin B1 , B6 dan B12 penting bagi mengekalkan kesihatan saraf serta berfungsi secara kolektif untuk merawat atau memperlahankan neuropati.


Untuk sebarang keterangan atau maklumat lanjut boleh hubungi :-

Lynn Koh
Ogivily Public Relations
Phone : +6012-7702809

Shahaeda Abbas
Ogivily Public Relations
Phone : +6014-9200288

atau terus ke www.merckgroup.com


Comments