26.05.2015 Keajaiban Malam Putrajaya 2015 (Magic of Night Putrajaya 2015)

Tahun Melawat Malaysia 2015
Keajaiban Malam Putrajaya 2015


Putrajaya akan disinari dengan keindahan dan keajaiban malam sekali lagi pada hujung minggu ini bermula dengan acara ‘Keajaiban Malam Putrajaya 2015‘ (Magic of the Night Putrajaya 2015)


Acara kali ini akan membuatkan Putrajaya disinari dengan cahaya malam anda dengan gemerlapan lampu-lampu kereta berhias yang dibawa masuk dari setiap negeri di Malaysia, dan akan menampilkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.


Acara Keajaiban Malam Putrajaya 2015 ini mempamerkan warna-warni cahaya dan perbendaharaan negeri-negeri yang mengambil bahagian dalam acara kereta dan bot berhias ini dan akan membuat cahaya malam anda cerah berkilau sehingga gilang-gemilang.

Nikmati waktu petang dan malam di Putrajaya yang mempesonakan dengan lampu berkilauan dari kereta berhias yang dibawa masuk dari setiap negeri di Malaysia.



Acara           : Keajaiban Malam Putrajaya 2015 (Magic of Night Putrajaya 2015)
Tarikh          : 28 – 31 Mei 2015
Tempat        : persisiran Tasik Marina, Presint 5, Putrajaya
Penganjur    : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)
                      Tower 1, No. 2, Jalan P5 / 6, Presint 5, 62200 Putrajaya



















Comments