Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, Pernas Chartered Management dan Malaysian Mining Corporation.
Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia (Kapal 1). Sekitar tahun 1970-an terdapat lima buah kapal iaitu Kapal 1 di Tanjung Tualang dan ada beberapa belas lagi Kapal 3 dan Kapal 5.