Skip to main content

21hb Ogos, 2009 - Masjid Mizan Zainal Abidin

MASJID MIZAN ZAINAL ABIDIN
(
Masjid Besi, PUTRAJAYA )
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN YG MULIA
& SELAMAT BERPUASA


gambar gambar ini dirakamkan pada jam 10.30 pm hari kedua masjid ini digunakan dan merupakan hari pertama solat terawih.



Bangunan yg mengunakan enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya. ndahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.


Keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.










sumber informasi dari websiteCiri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.

Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.

Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.

Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.

Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.

Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.

Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.

Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.

Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi sistem audio visual terbaik bagi memastikan tiada sebarang masalah seperti pantulan bunyi berlaku ketika azan atau ceramah agama dibuat

FAKTA: Kemudahan disediakan
• Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
• Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
• 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
• Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
• Dapur
• Bilik VIP
• Bilik penyelenggaraan
• Bilik jenazah
• Pejabat
• Bilik kawalan audio visual
• Ruang letak kereta (bawah tanah)

Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
• 60,156 - Meter persegi, luas masjid
• 20,000 - Kapasiti jemaah.

Popular posts from this blog

04.08.2016 - Majlis Perasmian Karya Kertas ( Seni Matawang )

Majlis Perasmian Karya Kertas Bank Negara Malaysia Karya Kertas : Seni Matawang . Dalam kehidupan seharian kita , wang kertas memainkan peranan penting, namum tidak ramai yang mengetahui dan memberi perhatian terhaap penghasilan karya seni yang terkandung di dalamnya . Wang kertas mempunyai banyak persamaan dengan karya seni atas kertas yang lain . Karya Kertas ini  menghasilkan seni yang indah hasil daripada pemikiran dan kreativiti mendalam . Wang kertas diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan dilengkapi ciri iri keselamatan dan tandatangan dan juga tarikh penghasilan. Bank Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penghasilan wang kertas yang unik seperti berwarna warni dan berinovatif dalam edaran nya . Ciri ciri keselamatan menambahkan dimensi baru pada pereka , pencetak dan bank bank pusat yang saling bekerjasama daam penghasilan wang kertas . Dalam pameran ini , sebanyak 30 wang kertas yang berasal daripada lebih 10 buah negara dipamerkan

GEGAR LAWAK 2018

GEGAR LAWAK merupakan sebuah program terbaru terbitan Astro bagi mencungkil serta melahirkan barisan barisan pelawak solo ,duo dan trio. Sessi ujibakat yang telah diadakan pada November 2017 selama 3 hari dan juga secara dalam talian. Hasil daripada ujibakat tersebut seramai 14 kumpulan yang terdiri daripada solo, duo dan trio telah dipilih. Daripada 14 kumpulan tersebut 8 daripadanya adalah solo manakala 4 kumpulan dua dan 2 kumpulan trio. Kali ini juga Gegar Lawak turut terdapat 2 orang peserta wanita iaitu Eyya dan Tasha. Tasha juga turut merupakan adik kepada pelawak terkenal tanah air iaitu Achey BOCEY. Adakah ini akan memberikan tekanan pada Tasha ? Mampukah mereka berdua ini menyaingi peserta lelaki ataupon mereka akan menjadi cabaran pada mereka kelak. Program ini turut menggandingkan pelakon popular Kamal Adli dan pelawak hebat, Fad Bocey sebagai Pengacara program. Ini merupakan gabungan sulung Kamal dan Fad selepas masing-masing merangkul gelaran Juara dan Nai

30hb June, 2009 - Portraiture ( Siti Saleha )

Siti Saleha Gadis yang mempunyai perwatakan menarik dan kaya dengan senyuman serta peramah ini adalah salah seorang daripada pelakon dalam siri Kecuali Cintamu