17hb June, 2009 - Melaka Outing

KL & Melaka Photographer

Pertemuan dua negeri KL dan Melaka bergabung tenaga untuk 'memecahkan' Kota Melaka


gambar ihsan dari AD


Antara kedai lama yang masih mengekalkan keaslian rekabentuk pembuatannya, unik dan memukau mata setiap manusia yang melihatnya. Impak dari kesan arus pemodenan tidak mengganggu gugat keteguhan dan keutuhan seni lenggoknya dan 'keimanan' nya.


Terdapat beberapa kedai antik di sini yang memiliki banyak koleksi koleksi barangan antik seperti radio lama , LP, lampu, botol botol air, gambar gambar lama dan macam macam lagik yang kadangkala kita lupa akan kewujudannya. Bila kita melihat khazanah khazanah lama nie maka teringatlah akan kita pada sejarah moyang kita, datok dan nenek kita, Mak dan Abah kita. Pernahkah kita melihat, memegang apatah lagi mengunakannya ..


Banyak perwatakan yang boleh dilihat di sepanjang perjalanan melalui deretan deretan kedai kedai yang jarang jarang sekali kita boleh lihat di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur. Perwatakan yang menarik minat setiap insan yang lalu lalang dan mengamit kami jurugambar untuk merakamkan aksi mereka.




Perbagai barangan yang dijual jugak adalah unik dan menarik pembeli untuk melihat, membelek dan membuat tawar menawar untuk memilikinya dan juga ada antara barangan jualan mereka adalah hasil tempatan dan tidak terdapat di tempat lain. Papan papan tanda lama juga masih terdapat melekat di bangunan bangunan lama.




Beca
Ada yang tradisional dan moden. Tradisional bermakna masih mengunakan kuasa kaki untuk mengayuh dan moden mengunakan motor dikuasakan oleh bateri kereta.

Jonker Walk & Street
Tempat beriadah dan tempat membeli belah


Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya kami berhenti berehat menikmati
CENDOL.




Kereta Bomba Lama




View from and at
St. Paul Hill












Maznah Zolkifli -
bertemu dengan selebriti ini semasa di Kota Melaka, beliau bersama beberapa artis lain dalam sessi pengambaran di kota bersejarah ini. Kesempatan ini kami gunakan untuk merakamkan gambar beliau. Saya kenali beliau sejak mula mula melihat sitcom ' cinta antara benua' sekitar tahun 97 / 98, seorang peminat sukan lasak dan macam macam lagi tentang beliau .



Dato Jalaludin Hassan -
Antara pelakon terkenal dalam dunia perfileman. Tak perlu rasanya nak terangkan dengan lebih terperinci sebab semua orang memang kenal beliau


2 sahabat dari negara Thailand merupakan pelajar dari IPTA di lembah kelang yang sedang bercuti dan juga pelancong dari Indonesia








Comments