All Events Photographer
Local & International




Contact : Ridwan @ Maestro
Mobile : 010-4008928
Facebook

06.08.2016 - Lawatan Media (TRAM) ke Pulau Rawa ( Part 1 )

Seramai 30 wakil media telah dijemput untuk Lawatan ke kepulauan yang terdapat di Mersing , Johor anjuran bersama Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM), Tourism Johor dan Kerajaan Negeri Johor. Rombangan kami telah di sambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah dan Pegawai Daerah Mersing, Adib Azhari Daud serta paluan kompang dan tarian kebudayaan .







Sebelum bergerak ke Pulau Rawa kami telah dijamu makan tengahari di Port Cafe.







Sedikit penerangan serta perkongsian infomasi disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah dan Pegawai Daerah Mersing, Adib Azhari Daud kepada wakil wakil media mengenai kepulauan yang berada di sekitar Mersing serta perancangan yang bakal dilaksanakan.













Selamat datang ke Pulau Rawa ( Rawa Island Resort )







Keindahan Matahari terbit dipuncak bukit Pulau Rawa dan juga permandangan sekitar pulau dan pulau pulau disekeliling.






Antara daya tarikan dan permandangan indah yang terdapat di Rawa Island Resort , Pulau Rawa untuk dinikmati oleh semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga ke dewasa . Pelbagai aktiviti aktiviti dijalankan seperti Snorkeling , Scuba dive , water slide dan lain lain .








Persembahan Bunga Api istimewa hanya untuk tetamu di Rawa Island Resort

04.08.2016 - Majlis Perasmian Karya Kertas ( Seni Matawang )

Majlis Perasmian Karya Kertas
Bank Negara Malaysia




Karya Kertas : Seni Matawang .

Dalam kehidupan seharian kita , wang kertas memainkan peranan penting, namum tidak ramai yang mengetahui dan memberi perhatian terhaap penghasilan karya seni yang terkandung di dalamnya .

Wang kertas mempunyai banyak persamaan dengan karya seni atas kertas yang lain . Karya Kertas ini  menghasilkan seni yang indah hasil daripada pemikiran dan kreativiti mendalam . Wang kertas diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan dilengkapi ciri iri keselamatan dan tandatangan dan juga tarikh penghasilan.

Bank Negara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penghasilan wang kertas yang unik seperti berwarna warni dan berinovatif dalam edaran nya . Ciri ciri keselamatan menambahkan dimensi baru pada pereka , pencetak dan bank bank pusat yang saling bekerjasama daam penghasilan wang kertas .

Dalam pameran ini , sebanyak 30 wang kertas yang berasal daripada lebih 10 buah negara dipamerkan . Wang kertas yang wujud sejak abad ke 14 hingga ke abad ke 21 . Seni matawang merupakan pameran yang mengetengahkan karya seni halus yang terkandung dalam wang kertas serta menarik perhaditan dan kesedaran orang ramai akan keindahannya .









Kumpulan Choir
Bank Negara Malaysia











Wang kertas pertama di dunia daripada China













" Karya Kertas Seni Matawang " berlangsung dari 4 Ogos hingga 20 November bertempat di Muzium dan Galeri Bank Negara Malaysia .